#ilhamsanubari malam ini di @buletinfm :
💔
“Salam abang Fedtri. Saya nak cerita yang hari ini hari yang gelap untuk saya. 2 tahun, 3 bulan bergelar suami. Cukup untuk buat saya trauma untuk bercinta atau untuk ada dalam hubungan yang serius selepas ini. Saya harap jika ada keinginan untuk kahwin lagi selepas ini, saya akan ingat hari gelap ini sampai bila bila. Harapan saya terhadap perkahwinan terlalu tinggi, semoga kekal hingga ke Syurga. Namun, takdir penentu segala, hubungan ini berakhir di Neraka dunia. Alhamdulillah, saya syukur, saya redha. Jika ujian hidup ini untuk memudahkan perjalanan saya untuk ke syurga, saya redha. Insya Allah. Tak semua lelaki mudah untuk melafazkan talak. Dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan ucapan dua kalimah syahadah. Seterusnya, mulut saya dipaksa untuk melafazkan cerai, mengulangi apa yang hakim mahkamah sebutkan. Saya cuba kuatkan semangat tapi air mata mula mengalir perlahan dan akhirnya tangisan yang saya rasa tiada kesudahan. Waktu ini saya keseorangan. Tiada keluarga di sisi. Hanya Allahuakhbar keluar dari mulut ketika menangis, berharap semuanya akan berakhir dengan cepat dan boleh kembali tenang seperti biasa. Air mata terus mengalir, tangisan menjadi semakin kuat. Tidak mahu orang lain nampak, saya pakai face mask dan sunglasses hitam saya. Terus tertunduk dan terus menangis. Cermin pintu diketuk oleh keluarga mertua. Saya tidak melayan pada mulanya sebab waktu itu saya hanya mahu menangis sahaja. Mereka lama berada diluar kereta menunggu saya dan untuk tidak hampakan mereka, saya kuatkan semangat untuk bercakap dengan mereka. Perkataan ampun dan maaf dari keluar dari mulut masing masing tanpa henti. Situasi ini saya tak pernah bayangkan akan terjadi. Melihat orang yang lebih tua dari saya juga meminta maaf dan menangis. Keluarga mertua sangat baik dan saya hormati mereka.”